Sila Klik untuk jadi lebih menarik...!!!!

Posts Paling Digemari (Last 7 Days)

Friday, December 17, 2010

GEMPAR :: Kempen Selamatkan MAK NYAH...

n3 kali aku nak cite ckit pasal satu komuniti kat Malaysia ni.... diorg mengelarkan team diorg ni sebagai.. Seksualiti Merdeka... yang mana mereka cakap 

"Kami percaya setiap orang adalah berhak kepada kebebasan untuk cinta dan kebebasan untuk menjadi, gay, lesbian, biseksual, transgender, intersexed, lurus, aseksual, pansexual, atau simply fabulous. "


adoi... kalu kebebesan bercinta tu aku sokong le... tapi bab kebebasan utk jd gay, lesbian, biseksual, transgender, intersexed, aseksual, pansexual tu aku ade geli ckit... auuwwww.....


ni antara contoh kempen diorg...



Kempen ini juga bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM50, 000 untuk membiayai kes mahkamah mak nyah mak nyah yg telah ditangkap di n9 kot di mahkamah syariah. 

Adoi...

adoi.. aku tak tau k ckap ape la... memang la Malaysia ni negara yang bebas.. Tapi.. bagi aku... kalu dah salah tu tetap la salah... 

Dalam undeng undeng negere pun dah salah..

ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN IV - KESALAHAN

Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri
Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988 (NEGERI KEDAH)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN

Seksyen 7. Pondan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985 (NEGERI KELANTAN)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.

Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN
Seksyen 72. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 (NEGERI PERLIS)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.

(1) Mana-mana orang lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995 (NEGERI SABAH)
BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Seksyen 92. Lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya.

Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan atau sebaliknya di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

nk lebih info g la sini.... [VIA]

0 comments:

Post a Comment